Friday, December 31, 2010

Segmen Sengal bersama dj2 GoMo FM sempena tahun baru

Jom ramai2 dengarkn Gomo FM krn malam ini sambil menantikan countdown tahun baru 2011, kami dj2 Gomo FM akan berkumpol beramai2 di radio. Malam ini kami akan menyengal habis habisan hingga korang berdarah telinga nanti hahahahahaha!!!

Malam ni kami semua akan menyanyi, bersajak, berpantun, membuat tarian bogel dan meronggeng beramai2 !! hahahahahahahaha!!

Jadik jom la ramai dengar kan GoMo FM gomo sampai berbuih!! Yehaaaaaaa!!!

Welcome DJ MuMu, a New DJ at GoMo Fm


Pagi ini muncul seorang lagi seorang dj yg bakal menggegar Gomo FM. Orgnya hitam manis, MuMu nama dia. Masih lagi menuntut di UiTM Shah Alam dalam bidang bachelor in mass communication.

Nampak nya termasuk ngan MuMu, Dah 3 org pelajar UiTM yg jadik dj kat Gomo FM. Antaranya dj Sham dari UiTM Seri Iskandar dan dj Hanis Aleeya daru UiTM Arau.

Dan yg paling menarik tentang Mumu ni ialah, dia begitu suka menyanyi. Pernah suatu ketika dia pengsan sambil berbuih mulot akibat terlalu penat menyanyi tau!!!

Thursday, December 30, 2010

V'Na dibedah di Hopital Pakar Perdana hari ini

Salah seorang dj dan chaters Gomo FM iaitu V'Na hari ini telah pun di masuk kan ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu utk menjalani satu pembedahan. Menurut kata dia, smenjak balik dari jumpa Kubi & Chiko hari tu, dia asyik tak sihat je memanjang.

Dia sempat suh sampai kan salam dia pada Kodok Hijau, Aku_Setan dan semua warga Gomo FM. Dan kata dia, dia mungkin tak akan dapat join Gomo FM ni dlm masa yg terdekat. Jadi mari lah kita smua doakan V'Na supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan semoga dia cepat2 sembuh. Aminn....

Dj Kamal mendj 13 jam, rekod baru di Gomo FM

Wow!! Nampaknya dj baru Gomo FM dj Kamal kerang ni membuang tebiat. Yer la, dia mula mendj kul 12 tghri, kul 1 pagi baru habis. Jadik jumlah jam dia mendj bersamaan ngan 13 jam.

Dengan itu secara otomatiknya rekod yg di pegang oleh Dj Eciz mendj selama 12 jam telah pon berjaya dipecahkan!!! Tahniah sekali lagi!!

Kepada dj2 yg membaca entry ni. tak teringin ker nak pecah rekod 13 jam ni? Kalo ada bran, mendj jer la tp sila pastikan korang tidak pengsan semasa mendj!!!

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Dj Kamal Kerang krn tersenarai dalam list penerima Anugerah Dekan

Hebat tol mamat sorang ni, walopon bizi memboya dan bizi mendj di Gomo FM. tp pelajaran dia tetap mavelos dan memang hebat. Kalo tak hebat, tak kan la tersenarai dlm list penerima anugerah dekan?

Jadik Kubi mewakili seluruh warga Gomo FM ingin mengucap kan tahniah pada dia. Semoga dia akan lebih maju lagi di masa akan datang.

MAJULAH SUKAN UTK NEGARA..


klik gambar utk tumbesaran dan melihat nama Kamal ni tersenarai

Jom Kenali dj Erna


Kali ni Kubi nak kenalkan dj Erna pada korang. Erna ni tinggal di Kulim Kedah. Skrg dia pon sudah bergelar sbg seorang guru. Kubi sbenarnya dah lama kenal dia. Dulu sebelom jadik dj, dia adalah pendengar setia setiap kali Kubi mendj tau. Pastu kami semakin rapat dan selepas itu selalu jer mengumpat bersama2!! Hahaha!!

Banyak tempat gak la Kubi dan Erna ni mendj sama2. Macam jodoh lak kan? Tapi jodoh mendj bersama jer la krn dihati dia dah ada org lain!! Uwaaa!! (nangis sambik duduk bersimpuh suh nampak ayu gitu hahahaha)

Suara Erna ni ramai org kata begitu lembut hingga ramai gak peminat2 tegar beliau seperti Fazli bebuih2 mulot akibat terlalu teruja. Hahaha!!

Semoga Erna ni kalo ada masa lapang, rajin2 la mendj lagi di Gomo FM yer!!
Muaah kt siku dia!! larikkkkkkkkkkk!!!


Luahan hati Aku_Setan terhadap V'Na


Hahahah gosip panas lagi!! Kalo nk tengok luahan hati itu, cuba korang klik pic diatas utk tumbesaran. Kubi malas nak kata apo2. Korang nilai la sendiri!! Hahahaha!!

Larikkkkkkkkkkkkkkk!! (sebelom kena belasah oleh V'Na & Aku_Setan)

Tuesday, December 28, 2010

dj Chikova sedang dilamun cinta?

Itu la persoklan yg bermain dikepala Kubi yg botak ni. Yer la bila masuk je ke blog dia, penuh dgn berbunga2 cinta sambil kedengaran lagu "aishteru". Siap dia taruk lirik lagu "aishiteru" lagi. Aishteru tu kalo korang nak tau, ia membawa maksud aku cinta padamu.

Peh tu ada lah video klip lagu nyanyian Beeha yg bertajuk "kasih". Cukup utk menggambarkan yg dihati beliau kini sdg berbunga cinta. Hanya org yg sedang berbunga cinta jer yg suka menyumbat lirik dan lagu jiwang kt entry blog masing2.

Berbalik kepada dia dilamun cinta itu. Siapa yg berjaya mencuri hati dia? Bertuah sungguh jejaka itu krn Chikova ni memang manis orgnya hehehe.

Biarkan persoklan ini menjadik mestri. Yang perlu korang wat ialah wait and see jer hehehe..

Siapa kah DJ Gomo FM yg sdg makan hati skrg?

Kali ini da sebuah gosip. Kisahnya begini. Ada sorang. nama dia dj A yg begitu rapat ngan seorang lagi dj , nama dia dj B. Mcm belangkas lebih kurangnya, belangkas tenet, x pon mcm cimpazi yg paling roamantis!! hahahaa!!Tapi diharap panas sampai kepetang rupanya banjir ditengahari. Yer memang banjir krn dj A dari smalam duk melalak sorang2. Siap makan hati ayam berulam kan jantung pisang lagi. Nak tau napo dia melalak? Dia melalak krn dj B ni dgr khabarnya semakin intim dengan dj C. Dah terang lagi bertorchlight. Kalo masuk chat pon scara berjamaah. Siap2 bermanja2 gitu hahahaha!!
Tp tak tau la serius mana hubungan dj B dgn dj C. Itu nanti Kubi siasat lagi. Cuma sedikit nasihat pd dj A, bwk2 la bertendang la yer krn kumbang bukan sekuntom bunga bukannya seekor.

Monday, December 27, 2010

kenali dj baru Gomo Fm dj Sham

Gomo Fm meneruskan tradisinya yg lebih suka mengambil dj yg masih hijau utk dilatih. Dan dj Sham ini merupa produk terbaru Gomo FM.

Berbekal kan minat yg membara, dia telah menawarkan dirinya utk dilatih. Dan hasilnya dia petang td telah mula mendj. Walopon beberapa kali melakukan kesilapan, tp akhirnya beliau berjaya gak mengawal konti.

Anak muda yg berasal Ipoh ini masih lagi belajar di UITM Seri Iskandar Perak. Diharapkan selepas ini dia akan menjadik salah seorang dj yg hebat dan sempoi di Gomo FM.

Cuma nasihat pada dia, selalu2 la mendj krn dgn kerap mendj jer yg kan membuatkan seseorang itu akan lebih ok dan semakin ok. Akhir kata.. welcome to dj Sham... dan selamat menjadik sebahagian dari warga dj Gomo FM..

Saturday, December 25, 2010

amanat prisidin boya: Kita Geng2 Boya Mesti bersatu!!!!

Sebagai prisidin Persatuan Boya2 GoMo FM (PBGFM), ini ada suatu amanat kepada smua geng2 boyer smua tak kira la yg dah berdaftar atau kpd yg lom berdaftar.

Sbg boya2 harapan negara, kita smua x leh bergaduh sesama kita. Kepada boya yg baru, sbelom nk cari mangsa, sila cek dulu samada mangsa itu adalah hak milik buaya2 otai. Kalo x der sapo yg punya, baru la leh ngayat. Dan kpd buaya2 otai, sbelom amik tindakan, kalo leh nasihat dulu boya2 muda ni, maklom la boya2 muda ni mrk lebih agresif dlm bab mengayat ni hingga terlupa nk tanya siapa yg punya awek yg mrk ayat itu.

Apo2 hal yg tak puas hati kalo leh kita bawak berbincang dulu di mensyuarat agong geng2 boya nanti. Apo2 pon korang smua memang best!!

MAJU LA BOYA UTK NEGARA

Friday, December 24, 2010

Jom Jumpa Hani Ramsul di City Plaza Alor Star

Kepada smua pendengar radio Gomo Fm. chatters Gomo FM, pembaca blog ini dan kepada seluruh peminat novel. Apo kata kita jom ramai2 serbu Pesta Buku Popular yg berlangsong di City Plaza Alor Star Kedah anjuran Kedai Buku Popular yg sdg berlangsong skrg hinggalah 26 Disember ini.



Korang gak berpeluang nanti utk berjumpa ngan salah seorang chaters Gomo FM yg merupakan juga seorang novelis tersohor iaitu Hani Ramsul yg popular ngan novelnya yg bertajuk BIAR LAH YM BERBICARA & PERGILAH AIR MATA disana. Kalo tak sempat hari ini, korang boleh jer pegi esok krn Hani masih lagi berada disana. Dia akan berada disana pada jam 3 petang.

Jadik jom la ramai2 jumpa Hani dan memeriah kan pesta buku itu.

Thursday, December 23, 2010

KuBi dah SeMakin BeRaNi


Kalo sebelom ini, dia sgt takut utk jumpa ngan sapo2 maklom la dia kan tak ensem, tp skrg ni nampaknya dah mula berani jumpa org. Kalo baru2 ni dia pi opis Vna, semalam lak dia pegi jumpa Chikova, Vna dan AkuSetan kat Hiyaki Kopitiam lak hahahaha.

Dan td Pokyie lak nk jumpa dia esok. Nampaknya dia kena jumpa org lagi!! Huhuhuhu!! Harap2 lepas ni dia makin berani dan makin berani utk jumpa org. Hahahaha!!

Myra Edora skandal terbaru dj Hos Getah?

Bila bercakap tentang dj kita yg sorang ni, Kubi pon heran, ramai lak gadis2 yg suka kan dia. Lepas sorang2. Kalo dolu2, dia ada skandal ngan dj Hanis Aleeya sampai kan si Hanis tu guna ID pun cenggini "Aleeya Hos Punya". Itu la kehebatan dj yang bernama Hos Getah ini.

Tapi semenjak dj Hanis Aleeya dah tak dapat on9 ni, timbul lak gosip terbaru si dj Hos Getah ni. Kali ini gadis yg bertuah itu namanya Myra Edora. Org nya cantik, sebab itu la Hos tu suka sama dia. Skrg ni kalo Hos tak der dlm chat, Si Myra ni akan tercari2. Dan kalo korang selalu dengar ucapan Myra kat radio, musti la dlm ucapan itu akan terkandungan sama ungkapan2 cinta beliau kpd Hos.

Utk perkembangan selanjutnya tentang skandal mereka, kita tunggu dan lihat jer. Hehehehe!!

Wednesday, December 22, 2010

Dj Chikova dan PokYie bercuti di Kelantan


Dua org kuat Gomo FM telah pon berada di Kelantan. PokYIE sampai tghari semalam manakala Dj Chikova lak sampai kul 9 malam td. Pok Yie dengar khabarnya dtg ke Kelantan krn urusan perkahwinan kakak dia. Manakala Dj Chikova lak masih lagi dalam Siri Jelajah Malaysia!! Hahahahahaha!! Maklom la habis negeri dia jelajah.Yang Kubi tau, dia dah pon jelajah Johor dan Terengganu. Kali ini Kelantan lak menjadik destinasi dia.

Jadik kepasda blogger2 dan listerner2 negeri Kelantan yg mengenali mrk, apo kata, jom la ramai2 deting ngan mrk!! Pehtu paksa mrk suh belanja, biar sampai ke syiling yg terakhir!! Hak hak hak!!

Jom Upload pic byk2 di Web Forum Gomo FM dot net

Woiiiiii org kampong dan org2 bandar smua. Jom la wei upload pic2 gempak korang tu di Web Forum Gomo FM dot Net . Mudah jer semudah abc. Mula2 korang daftar nama korang, peh tu korang klik galeri, pehtu korang upload la bebanyak pic korang yg gempak tu. Mudah kan?

Jadi apo tunggu lagi!! Jom La weiii!!!

Tuesday, December 21, 2010

Dalam diam2 kartunis Kulat pon dengar GoMO FM

Siapa kulat? Adakah dia lawyer? Majistret? Ahlil Muzik? Semuanya bukan!! Dia sbenarnya adalah sorang kartunis yg begitu glemer. Superman pon jeles samo dia tau!! Hak hak hak!!

Tak sangka la 2 hari lepas dia dalam diam dia dengar Gomo FM. Pada sapo2 yg masih ternganga2 lagi tak tau sapo Kulat ni. Kulat adalaha bekas kartunis di majalah GILA-GILA suatu waktu dulu. Kini dia dah berniaga sendiri dgn melukis karton2 dia tanpa join mana2 penerbitan dah. Korang cari jer kat YouTube, korang jumpa la sample2 kartun beliau nanti.

Apo2 pon TQ bro krn sudi dengar kami!!!

Jom BeRWebCaM ngan Dj2 & ChAters2 di GoMo Fm

Skrg ni kebanyakan dj2 & chaters2 Gomo FM suka main webcam2. Jadik kepada yg membaca entry ini, jom la ramai2 join GoMo Fm krn selain dari korang dpt dgr lagu sambil berchatting, skrg ni korang leh kenal rupa2 dj dan chaters.

Tak ingin kah anda menatap wajah Dj Wan yg hensem tu, tak ingin kah anda menatap kecomelan Dj Eciz yg berpipi tembam tu. Kalo chaters lak, tak ingin kah anda menatap wajah Ily Fira yg berbibir seksi itu.

Kalo jawapannya adalah yer, jgn berlengah lagi, jom la join Gomo FM dan pasti mrk akan mengajak anda berwebcam2 nanti!!!

Monday, December 20, 2010

Pelancaran FaceBook baru Gomo FM & web forum Gomo FM

Semalam pihak Gomo FM telah melancarkan FaceBook baru Gomo Fm & jugak web forum Gomo FM.

Pelancaran FB itu telah disempurnakan oleh Dj Hos Getah utk menggantikan FB yg lama yg berkemungkinan telah dimakan oleh raksasa hijau yg nyanyok. Manakala pelancaran forum Gomo fm lak telah dilancarkan oleh Dj Wan dgn penuh bergayanya.

Harapan kami semoga dgn pelancaran kedua2 mender tadik dpt memperluaskan lagi radio streaming Gomo FM ini di khalayak masyarakat.

Ops lupa lak. Untok melayari web forum kami, anda layari jer http://www.gomofm.net/portal dan jgn lupa klik butang "like" pd FB kami. Layari je link ini http://www.facebook.com/pages/Gomo-FM/137448786312775 .

Woi Woi Woi!! Gomo FM dah 5 bulan laaaaa!!!!

Yehaaaaaaaaa!! Yabedabeduuuuuuuuu!!! Tak sangka, sekejap jer rupanya Gomo Fm dah pon genap genap 5 bulan bersiaran. Dalam masa 5 bulan ni mcm2 perkara yg berlaku. Ada yang manis dan ada yg hancing!! Hahahaha!!

Tapi itu smua kami anggap sbg cabaran utk kami lebih maju lagi. Terimakasih kepada smua yg menyokong kami. Tq dj2 yg terpaksa mengeringkan tekak demi GoMo FM. Tq pd listerner2 yg sudi berdarah telinga mendengarkan kami dan tak lupa ugak Tq pd smua chaters2 yg sudi mengkucar kacir kan chat box kami!! Hahahaahaha!!

Tanpa korang smua, Gomo FM tak akan semeriah ini!! YEHAAAAAAAAA!!!

Sunday, December 19, 2010

Gosip tentang chaters yg bernama Tapai di Gomo FM

Kalo korang nk tau, Tapai adalah sjenis makanan yg di peram ngan ragi. Ada dua jenis tapai, satu tapai pulut dan satu lagi tapai ubi kayu. Tapai ubi kayu bet kalo di goreng. Ada pon air tapai yg diperam boleh memabuk kan!!!

Tp bukan kisah tapai itu yg ingin Kubi gosipkan. Tapai yg ingin Kubi gosipkan ini adalah seorang chaters Gomo FM yg menggunakan id Tapai. Ramai gadis2 dlm chat tu suka kan Tapai krn dia selalu menggunakan avatar yg pelik2 dan lucu. Dalam byk2 avatar, ada satu avatar yg paling dibenci chaters yg bernama Kodok Hijau yg gom itu. Avatar itu ialah avatar seorang negro berbaju merah sdg menari!! Hahaha!! Memang lucu gilak.

Mengikut desas desus yg bertiup, Tapai ni merupakan seorang doktor. Kubii tak tau dia doktor apo. Mungkin jugak dia ni doktor sakit tuan, tak pon doktor sakit puan!! Hahahaha!!!
Kalo korang nk tau dia doktor apo, rajin2 la join kami di chat Gomo FM dan selalu2 la sembang ngan beliau!!


Skandal cinta dj Omey dan dj Dansa hahahaha

GoMo FM kini dah jadik mcm pusat cari jodoh lak. Ye la.. ramai lak berpasang pasangan kat sini. Sebenarnya ramai dj2 yg mempunyai sekandal cinta. Tapi entry kali ini, Kubi nk fokuskan kepada skandal cinta diantara dj Omey dan dj Dansa sahaja!!

Kepada dj Hos Getah dan dj Hanis Aleeya, sabo2 krn kisah korang akan dipapar gak suatu hari nanti!! Huhuhuhu!! Ok berbalik kita kpd tajuk diatas, pasti terkejut kan? Maklom la dj Omey ni sbenarnya terlalu byk skandal sehingga kita tak tau mana satu skandal dia. Hahahaha!!

Tetiba masa Kubi melayari FB, kubi terlihat status dj Omey dan dJ Dansa berstatus married lak.
Tp Kubi tak tau la setakat mana keseriusan mrk dlm bab ini. Apo pon kita semua mendoakan semoga mrk cepat2 bertemu jodoh!!

lihat la kemesraan mrk di FB


Saturday, December 18, 2010

Dj Dansa dj Gomo FM yg bersiaran dari England

Kalo dulu dj Ziko bersiaran dari Egypt, Dj Pak Dolah lak bersiaran dari Trinidad & Tobago. Kini Gomo FM boleh berbangga lagi krn salah seorang dj baru kami iaitu dj Dansa berkontikan dari UNited Kindom England utk siaran Gomo FM.

Kehadiran beliau sbg salah seorang dj di Gomo FM telah menambah lagi kemeriahan di Gomo FM. Beliau yg masih menuntut di University of Sheffield ini sbenarnya dah lama join kami tp sbg salah seorang chaters jer. Dan bakatnya sbg penyampai akhirnya terserlah kini dan telah pon menjadik salah seorang dari warga dj Gomo FM.

Jadik terus kan bersama dgn kami krn sikit masa lagi ada gosip melibat dj baru ini dgn dj Omey akan dipaparkan nanti di sini!! HAHAHAHAHA!!

Larikkkkkkkkkkkkkk!!!!

Lagenda Sang kodok Hijau chatters Gomo FM yang paling sengal

$Hahahaha!! izin kan aku ketawa dulu krn ini entry istimewa utk seorang insan yg begitu istimewa ini. Itu la dia seseorang yg menggunakan nama Lagenda Sang Kodok Hijau. ID beliau sungguh unik. Beliau jugak merupakan seorang bloggers yg leh dikira glemer gak la!!

Kalo korang perhatikan semasa beliau chat. Nampaknya begitu kasar dan nampak mcm nak cari gaduh jer. Tapi hakikatnya, beliau seorang yg amat mesra alam, baik, beriman serta sopan santun. Dan yg tak bleh blah ialah dalam hati beliau jugak sbenarnya ada taman!!! Hahahaahahaha!!



Oleh krn beliau seorang yg istimewa dan unik, byk gosip2 tentang beliau diperkatakan. Mirip mcm artis dah beliau hahahaha!!! Yer la bermacam gosip2 yg timbul.

Diantara gosip2 yg telah tersebar tentang beliau ialah..

1)dia seorang buaya yg sentiasa mencari mangsanya
2)dia adalah seorang pensyarah di sebuah IPT
3)dia adalah seorang penulis skrip drama
4)dia pakwe kpd seorang blogger yg bernama sweety mui2
5)dan gosip paling baru yg amat panas, telah pon disebarkan oleh beliau sendiri ialah..WALIMATULURUS JEMPUT DATANG KE MAJLIS PERKAHWINAN KODOK HIJAU DAN ILY FIRA PADA 1 MEI 2011 KAMPUNG KARIONG, MUKIM GADONG B, BRUNEI DARULSALAM, SEMOGA DAPAT MEMERIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN KAMI. DAN DOAKAN KAMI KEKAL SELAMA - LAMANYA

Hahahahahaha!! Kubi gelak lagi!!

Tapi itu smua adalah gosip2 dan gurau semata2, Dont take serious ok?!! Apo2 pon yg pastinya dia adalah seorang penceria di karpet chat Gomo fm dgn gurauan2 beliau yg bersahaja dan kegatalan beliau ketika menekel awek2 kat sana..

TQ BRO KRN JOIN KAMI...





Dj Pak Dolah dj Gomo FM yg bersiaran dari Trinidad & Tobago

Kalo korang x tau di mana kah negara Trinidad & Tobago tu, meh nak ketuk2 kepala korang !! Hahahaha!! OK.. kpd yg betol2 x tau, negara itu terletak di Amerika Utara bersebelahan ngan negara Venuezula. Kalo masih x tau lagi, alaaa citer yg ko duk tengok petang2 kt tv tu sperti dulu citer Rossalinda Ayamor tu dtgnya dari negara belah2 sana la woi!! Huhuhu!!

Dj Pak Dolah ni asal nya dari Sungai Petani Kedah, tapi x tau la sampai kesana lak dia berkelana. Nak kata dia kerja tanam jagung, x munasabah la sampai kesana krn tanah kat sini pon masih berlambak2 lagi.

Apo2 pon dia mempunyai peminat2 yg tersendiri semasa men dj..

Friday, December 17, 2010

iLy FiRa pendengar setia Gomo fm dari negara Brunei

Orangnya tinggi lampai. manis dan mesra alam. Itu la Ily Fira gadis kelahiran Bandar Seri Begawan ini. Beruntung lah sapo2 yg dapat memiliki hati dia tau!! Hahahaha!!

Baru2 ini dia pulang ke Malaysia umah datuk dia selama 2 minggu. Kehilangan beliau dari arena perCHATinan telah membuat ramai teman2 merindu dia.

Kini dia telah kembali dan bersedia utk menyemarakkan kembali karpet chat Gomo FM..

Gomo FM ada dj baru lagi nama dia dj Kamal Kerang

Ni nak bgtau kat korang yg GoMo FM dapat dj baru lagi, nama dia Kamal Kerang. Tak tau la dari mana dia dpt nama tu. Suka makan kerang kot atau suka sengih sorang2 mcm kerang busuk kot!! hahahaha!!

Dan dia amat perasan, Nak tau kenapa Kubi ckp mcm tu? Krn dia suh kubi bgtau yg dia ni dj yg paling termuda sekali di Gomo FM!! Waklu la kamal!! Dusyum!!

Muda hape ke ntah kalo lahir pd 20 mei 1989!!! Huhuhu...

Lambang kaler2 ID dalam GoMo FM chat

Kalo korang penah masuk chat di Gomo FM chat, musti korang tertanya2 gak yer kenapa kaler2 id dlm tu berbeza2. Ok kepada yg baru join kami dan masih lagi x tau, meh sini nak bgtau!!

HIJAU = chater biasa

PURPLE = moderator

OREN = dj

Jadik itu sahaja yang dapat cekgu bagtau pd murid2 smua pagi ini hehehe!!

Takziah buat dj Sopreme krn ayahandanya meninggal semalam

Dari Allah kita dtg dan kpd Allah kembali. Begitu la resamnya kehidupan kita. Dan semalam dj Sopreme yg merupakan salah seorang dj diGomo FM telah kehilangan ayahnya yg tercinta smalam bersamaan ngan 16/12/2010. Diharapkan dj Sopreme banyak2 bersabar. Jadik mari la kita sama2 sedekahkah Alfatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... Amin.

Thursday, December 16, 2010

Rancangan2 menarik di Gomo FM sempena tahun baru 2011




YAY~~~!!!!! Sebagai Tanda penghargaan kepada pendengar dan sempena kedatangan tahun baru 2011 dengan penuh takzim dan bangganyer,gomofm membawakan kepada anda semua "GALA JANUARI 2011".. tgk la gabo CUN kt atas tu,macam-macam aktivi menarik buat anda semua.... antaranya KEMPEN KESEDARAN KANSER SERVIKS BERSAMA AMAN RAJA LAWAK 4; yang di bawakan khas atas usahasama pihak GOMOFM dan NF BIO bagi membincangkan berkenaan gejala-gejala & kaedah Mencegah KANSER SERVIKS atau KANSER PANGKAL RAHIM.... ia harus di dengari oleh kaum wanita di luar sana,informasi yang berguna buat kaum HAWA.... kaum adam pon boleh dengar sekali,sebagai informasi tambahan :P ada juga soalan-soalan kuiz berkenaan kempen ini,mana tau rezki anda dapat HADIAH kali ini~~~~
KEMPEN ini diadakan pada: 8 JANUARI 2011(SABTU) jam 8.30 MALAM~


Pada 15 JANUARI 2011 (SABTU) Jam 8.30 Malam, dibawakan kepada anda BAND L ISIN Lurve yang mana Band ini dalam Usaha menceburkan diri dalam Industri Muzik Tanah Air, Anda Boleh Bertanyakan soalan Secara 'Live' dan ada Kuiz jugak untuk anda sertai...WOW Hadiah Lagi~~~!!!


Dan Inilah Kemuncaknya, PADA 22 JANUARI 2011(Sabtu),Jam 8.30 Malam.... SELEKSI BEBEL 2 DARA & Aktiviti BErbalas PANTUN yang dikelolakan oleh DJ ECiz,dan ANDA boleh BERBALAS-BALAS PANTUN,tunjukan bakat anda...dan yang paling utama "PENGUMUMAN PEMENANG Bagi CONTEST MENCIPTA POSTER HARI LAHIR" sempena meraikan hari lahir 2 DJ kami yakni DJ ECiz dan DJ EmBuN pada BULAN JANUARI ~~ Hadiah utama bagi CONTEST ini ialah WANG TuNai Bernilai RM50 dan 2 Hadiah Saguhati Iaitu Masa Berbual RM10 (TopUp)... Cepat HAntarkan Poster-Poster Kreatif anda Sebelum 15 January 2011,Mana Tau Rezki Anda,tunjukkan kreativiti anda bersama Kami,Kami meNghargai Bakat Anda~~ Terma & Syarat boleh dilawati di sini.


Tunggu Apa Lagi,Sertailah Kami sepanjang Bulan JanuaRI Ini Yang Didedikasikan Khas Buat Anda..... JanGan LUpa Temu Janji Kita dalam "GALA JANUARI" Hanya di GOMOfm, Gomo sampai BErbuih... Ada Radio,Boleh Chat~!!




Kenapa dj Chikova Araishi asyik berpindah randah?

Dj Sorang ni dah lama tak mendj sbenarnya. Dulu dia kata dia bizi ngan exam. Sekarang lak dia kata dia dah jadik mcm kaum nomad yg selalu je berpindah randah. Yer la kalo dulu kt Seri Iskandar Perak, kendian balik ke kampong halamannya di Selangor. Pehtu dgr khabar ke Johor lak. Tak tau la apo yg dia buat tu sampai kena berpindah randah. Nak kata pegi cari kambeng dia yg hilang, tak musabah gak krn belom penah terdengar yg dia ada memelihara kambing!!

Apo2 pon harapan kami semua, smuga dia dpt mendj kembali di Gomo FM dan kembali memeriahkan konti. Dan yg paling2 mengharapkan beliau kembali mendj seperti dulu di Gomo FM ialah geng2 boyer Gomo FM!! Maklom dia adalah pojaan ramai boyer2 disana!!! Hahahahaa!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Bravo dj Eciz Nisa krn berjaya mendj selama 12jam 12 minit tanpa henti di radio GOMO FM

Semalam 14/12/2010 dj Eciz Nisa telah menyambut cabaran Kubi. Sebenarnya Kubi main2 jer cabar dia, tak sangka lak dia betol2 buat!! Hahahaha!! Cabaran Kubi ialah supaya dia mendj lama2, kalo leh mendj 24 jam sempena mengguna kan mic barunya yg baru dibeli itu.

Berbekalkan mic yg kepala besar tapi berbatang kecil itu, Dj Eciz Nisa telah berjaya memecahkan rekod peribadinya yg mendj selama 12 jam 12 minit. Disamping itu juga dia telah berjaya memecahkan gegendang beberapa org pendengar krn bising dgn lagu2 yg dia pasangkan itu.

Dan yg paling tak bleh blah ialah dia juga berjaya memecahkan beberapa bijik buah pinggang pendengar dengan menumbuk2nya berulang kali setelah mereka tak mo mendengar celoteh dia yg terlalu lama itu.

Tapi apo pon.. BRAVO dj Eciz Nisa krn lu berjaya menyahut cabaran gua... caya laaaaaaa!!!

Tuesday, December 14, 2010

Dj EciZ NiSa ingin pecahkan rekod mendj paling lama di Gomo FM

Setelah sekian lama bertapa di dalam tempayan, Dgn memngguna kan mic baru yg berkepala besar tp berbatang kecik, Dj Eciz nisa hari ini cuba memecah kan rekod serta memecah kan buah pinggang dia sendiri dgn mendj lama2 di konti GOMO FM. Jadik jom la kita memberi sokongan kpd dia dgn melayan bebelan dia tu kalo leh biar sampai bernanah telinga korang!! HAHAHAA!! Gomo FM gomo sampai berbuih!! yehaaaaaaaaaaa!!!!

Monday, December 13, 2010

20 e-mail percuma domain gomofm.org

Assalamualaikum,untuk maklumat semua anda berpeluang mendapatkan e-mail rasmi gomofm.org ianya terhad kepada 20 user sahaja,jika anda berminat menggunakan e-mail berdomainkan gomofm.org . Sila e-mail maklumat anda sepertimana di bawah :
Nama samaran :
Nama Ketua Keluarga :
Nama e-mail anda : example@gomofm.org
Hantar maklumat diatas ke admin@gomofm.org , siapa yang hantar maklumat seperti diatas ianya akan diutamakan dan e-mail terhad kepada 20 user sahaja..

Friday, December 10, 2010

www.gomofm.org web rasmi baru gomo fm

Sempena hari jumaat yg mulia ni, dgn lafaz Bismilah kubi melancarkan web rasmi baru http://www.gomofm.org dan chatbox baru gomo fm. Ini adalah web dan chatbox asas sahaja. Diharapkan smua dapat bersabar krn kami akan mengeditnya sedikit masa lagi. Terimakasih kpd semua diatas sokongan korang semua. Gomo FM gomo sampai berbuih....

Gomo FM chat

untuk join chat mudah jer. Mula2 masuk kan nama korang, pehtu klik perkataan profile kt bawah kotak chat tu, peh tu masuk kan paswod yg korang mahu. Masuk kan 2 kali sbg confirm, dan pehtu terus jer login. Senang jer kan? hehehe!!

Followers